Wednesday, 29 May 2013

PENANAMAN 3000 BENIH TEMBIKAI SUSU, PASTIKAN MENJADI KENYATAAN!




Us. Azman dan Sang Kasturi sedang rancak menanam benih dan menyiram benih tembikai susu di batas yang disediakan. Syabas diucapkan.!



19 Mei 2013, Ahad di Ladang Tembikai Susu 

                Ladang ini adalah seluas dua ekar yang pada asalnya ialah ladang kelapa sawit dan telah di ubah suai untuk  penanaman tembikai susu. Tanah telah diratakan dan siap dibajak sejak sebulan lepas. Selepas seminggu dibajak dan dibuat batas, proses seterusnya ialah menabur kapur bertujuan untuk meneutralkan tanah yang mempunyai asid yang agak tinggi. Jika tidak dirawat, hasil penanaman akan terbantut dan penghasilan buah yang agak lembab.
penyediaan pin pendapakap penutup plastik.


                Seramai 6-10 tenaga kerja sukarelawan ditugaskan untuk kerja pemasangan plastik penutup bumi ini. Plastik tersebut direntangkan dari hujung batas ke batas lalu dicucukkan pin pendakap agar plastik tidak diterbangkan angin dan sentiasa di dalam keadaan tegang. Pemasangan haruslah dipasang dengan kemas.

                Proses seterusnya adalah membuat lubang benih di atas plastik tersebut dengan menggunakan alat khas pelubang plastik. Jarak antara setiap lubang diukur dengan tepat iaitu sekaki jaraknya. Jarak tanaman adalah sangat dititik beratkan kerana pokok tembikai susu ini akan menghasilkan daun yang lebar dan menjalar jika terlalu rapat akan menimbulkan masalah terutama pada siraman dan pembajaan berkala.


Dua orang pelajar Tahfiz kasyful Ulum sedang membantu menanam benih tembikai susu.
              

  Dengan berhati-hati para petugas mengalihkan benih tembikai susu dari tray semaian ke dalam lubang batas. Anggarkan sebanyak 3 ribu biji benih bakal ditanam diladang ini. Setakat ini benih yang dapat ditanam adalah sebanyak 800 pokok. Namun begitu terdapat beberapa perkara perlu dibaiki dari segi kaedah penanaman pokok tembikai susu agar tidak mati disebabkan terputus akar disebabkan struktur tanah yang memegang akar tidak mampat.
Menurut laporan Tok Bajak selaku wartawan pertanian PKMAF: 

“Banyak faktor benih yg ditanam waktu pagi pada waktu petang mati ...ketika mengeluarkan anak benih drp trey penanam, kena pastikan kesemua akar - akar halus tidak terputus. Akar-anak pokok tembikai susu amat mudah putus. Jika terputus maka besar kemungkinan akan mati , saya berpendapat anak pokok tembikai susu ini amat manja di awal usianya berbanding anak pokok yg lain.”
Beliau menambah lagi: “Maka pengurus ladang pkmaf Ust . Jabar akan melaksanakan strategi baru untuk mengelakkan kerugian iaitu terus menanam biji benih yg. kambus dgn tanah hitam semaian dan di "skop" dgn penutup kecil pelastik ...kaedah ini telah dilaksanakan dan berjaya ketika menanam biji benih timun. Pada waktu petang pula setelah sesi muhasabah diri satu kaedah " mencendol " anak benih keluar dari tray telah berjaya mengeluarkan anak benih serta tanahnya dgn jayanya.”

Sang Kasturi pula menambah: “Saya perasan ketika menanam benih, banyak benih yang disiram pada awal-awal, menyebabkan tanah lembut dan ketika diangkat tanah tidak melekat pada akar. ini menyebabkan akar terputus dari benih. “
                

                Benih tembikai susu berjaya ditanam sebanyak 800 biji benih dengan jayanya. Dengan semangat para ikhwah dan pelajar tahfiz kashful ulum yang sama-sama berkerja bergotong royong pada hujung minggu.


 Aktiviti bermanafaat seperti ini mampu membenihkan pengetahuan berguna untuk para ahli PKMAF yang rata-ratanya adalah masih baru lagi dalam bidang ini. Bantuan mereka yang mahir dalam perladangan ini seperti Us. Jabar dan Tok Sidang Salim banyak membuka rahsia pertanian yang diterokai. Semoga usaha yang mulia dan murni ini mudah-mudahan dikira sebagai amal soleh yang mampu mendapat Redha Allah. Amin

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam warga pkmaf. Cuba buka blog limaha. Jika dapat berguru kat tauke ladang limaha ni sambil buat praktikal kat situ insyaallah lebih berjaya.

    ReplyDelete