Tuesday, 10 April 2012

KLINIK PKMAF: SAKIT LEMAH KAKI SECARA TIBA-TIBA

(Artikel ini bukanlah untuk mengiklankan Rawatan Alternatif yang dilaksanakan oleh pihak PKMAF, dan tidak sama sekali untuk mempromosikan secara komersial. Artikel ini di tulis adalah kerana untuk merekodkan aktiviti-aktiviti di laman sesawang ini sebagai jurnal mingguan, bulanan dan tahunan. Pihak PKMAF cuba membantu merawat  seadanya , yang menyembuhkannya adalah Allah semata dan kita hanya berusaha. Di harap kepada pesakit yang pernah dirawat dan ada keberhasilannya dapatlah merakamkan kisah testimoninya dengan berkongsi cerita di laman ini untuk rekod Klinik PKMAF)

Tarikh    : 09 April 2012 (Isnin)
Masa     : 10:00-11:00 malam
Lokasi    : Ruang tamu PKMAF.

Profile Kes:
Nama              : Fairuz (bukan nama sebenar)
Negeri             : Perak
Umur               : 30 an.
Kes                  : sakit kaki
Klafikasi          : sederhana kronik
Kesan  : Menyebabkan kaki tidak boleh bergerak, pergerakan terbatas, tidak boleh bersila, melangkah dengan lemah dan bertongkat.
Tempoh rawatan: sejak bulan Januari 2012 sehingga sekarang.
Kategori rawatan: Berkala.(setiap malam selasa/jumaat)

                Rawatan di jalankan dengan menggunakan kaedah therapy ayat suci al-Quran. Dibacakan beberapa surah syifa’ seperti Al-fatihah, surah al-iikhlas, al-falaq , an-nas dan Surah al-Kursi. Pesakit diminta duduk melunjurkan kaki kehadapan manakala pembantu perawat merasakan gelombang yang keluar dari diri pesakit. Manakala pembantu yang lain memberikan tenaga tambahan dengan menyentuh pesakit dengan zikrullah dan bacaan surah lazim di atas.

Menurut  En. Fairuz, beliau menanggung sakit lemah kaki ini hampir empat bulan lamanya. Banyak kerja-kerja rutin tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana sakit tersebut sentiasa menghantuinya.
 
Katanya lagi: “ saya sudah berjumpa doktor untuk merujuk satus sakit saya, namun tiada jawapan yang konkrit dapat diberikan. Saya juga pernah berjumpa beberapa perawat alternatif untuk berubat, setakat ini ada yang berjaya namun seketika sahaja sembuhnya kemudian selang beberapa hari penyakit menyerang kembali. Akhrnya saya merujuk kepada Klinik PKMAF mana tahu penyakit saya beransur pulih. 

Sejak sebulan lepas dengan kaedah dan  rutin yang diberikan, saya merasakan  semakin beransur sihat dan saya tidak lagi berjalan menggunakan tongkat seperti sebelum ini sehingga terkadang perlu dipapah untuk ke sesuatu tempat.. Nasihat daripada Perawat PKMAF agar diteruskan rutin yang diberikan dan sentiasa bertaubat serta menyesali dosa-dosa yang menjadi kifarah dari penyakit tersebut. Agar kembali kepada NYA. Mudaha-mudahan sembuh seperti sediakala hendaknya” kataya sambil tersenyum selepas mengakhiri sesi rawatannya kali ini.

Pihak PKMAF berharap En. Fairuz dapat meneruskan rawatan berkala beliau dan sentiasa berusaha untuk taqarub kepada Allah kerana itulah jalan ‘kembali’ kepadaNya dan mengelakkan dari gangguan fizikal dan mental.
 Wallahu alam.

No comments:

Post a Comment