Tuesday, 22 November 2011

Latar belakang dan Objektif

PKMAF
Pertubuhan Kebajikan Mu’tamar Al-Fateh atau juga disebut atau dengan mudahnya disebut (PKMAF’) dahulunya bergelar PKMFTK. PKMAF’ adalah sebuah badan NGO yang telah berdaftar dengan pejabat Pertubuhan Kebangsaan atau ROS. Manakala YDP adalah nama pencetus idea yang mempunyai makna tersirat dan tersurat di sebalik namanya yang sentiasa cuba berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Memikirkan akan kemaslahatan umum maka idea untuk menubuhkannya tercetus melalui pengalaman dan pemerhatian YDP dan rakan-rakan yang ada akan hal-hal berkaitan kebajikan yang menimpa masyarakat masakini. Justeru itu dengan kesepakatan beberapa orang ahli dan keperluan masyarakat yang sangat memerlukan sebuah pusat kebajikan, maka pihak PKMAF’ cuba merealisasikannya agar berupaya membantu pihak yang memerlukan melalui program dan aktiviti yang diadakan. Dengan terbukanya pintu kebajikan ini mudah-mudahan akan terlaksana akan kebaikan kepada mereka yang memerlukannya.
Maklumat dan info mengenai PKMAF’ yang dipaparkan akan menjadi garis panduan kepada masyarakat awam, sama ada yang menyedarinya atau sebaliknya bagi sesi memperkenalkan PKMAF’ kepada orang awam bagi memberi kefahaman secara jelas dan tepat mengenai PKMAF’. Dengan ini diharapkan profil ringkas ini akan menjadi titik tolak kepada keterbukaan minda dan manafaat sejagat.
Objektif Penubuhan
1.Menyahut seruan kerajaan Malaysia menjadi masyarakat prihatin dalam memberi perkhidmatan berbentuk kebajikan kepada masyarakat dalam membina perpaduan 1Malaysia untuk mencapai wawasan 2020
2.Memberikan perlindungan kepada anak-anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan orang tua
3.Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan rawatan alternatif@tradisional kepada komuniti masyarakat yang memerlukan


3 comments:

  1. assalamualaikum

    Tahniah Tuan Mujri atas usaha ..mudah-mudahan mendapat reda-NYA

    ReplyDelete
  2. Sama-samalah kita berdoa .... agar smua ahli PKMAF mendapat reda-Nya. Sang Karut sila beri tunjuk ajar untuk memperbaiki blog ini. Blog ini bukan untuk untuk menyaingi MKAJ malah menjadi pelengkap kepada pertubuhan PKMAF.

    ReplyDelete
  3. salam

    macam mana nak mendapatkan rawatan batu karang di PKMAF ni? dengan siapa saya leh hubungi? kat mana lokasi?

    ReplyDelete